Kamu Mau Makan Oren ?

Posted by admin | 5:40 PM

Parman dan Sutijah merupakan pekerja kontrak dari Indonesia. Kedua-duanya jatuh cinta
setelah bersama-sama bekerja dalam satu projek pembinaan di sekitar KL. Para pekerja
kontrak telah disediakan dengan rumah kongsi yang kurang selesa kerana walaupun ada
pekerja yang dah kawin namun terpaksa tinggal dengan pekerja yang masih bujang. Akhirnya
Parman dan Sutijah pun berkahwin.

Namun depa berdua ni masih tinggal dirumah kongsi walaupun dah berkahwin bersama-sama
dengan pekerja yang masih bujang. Bak kata orang putih tak der 'privacy' langsung. Ada juga
beberapa pasangan pekerja yang dah kawin di situ. Depa berdua ni terpaksa la tidur di atas
pangkin. Di bawah pangkin depa tuh ada satu lagi pasangan yang baru berkahwin. Iskh... memang
tak der 'privacy' langsung lah lelebih lagi depa nih baru berkahwin. Cuba korang semua
bayangkan camana tuh.... memang masalah bosar betul. Nak cakap pun tak bleh kuat-kuat. Lepas
tuh nak gerak gerak pun tableh lasak sangat. Yerler dah la duduk atas pangkin. Kalau gerak
lelebih kang berbunyi la pulak pangkin antik tuh. Memang jelas la kedengaran pangkin tuh
kalau depa bergerak-gerak. Kalau nak buat projek pun depa berdua ni kene pastikan bebetul
yang orang lain dah tido. Dan sebagai langkah memudahkan, depa berdua ni terpaksa menggunakan
bahasa isyarat tertentu.

Bahasa isyaratnya ialah "kamu mau makan oren?" Dan Sutijah akan menjawab "Mau". Sebagai couple
yang baru berkahwin, setiap malam depa mau 'makan oren'. Perkara ini berlanjutan sehingga
berminggu lamanya sehinggalah satu kejadian yang tidak diingini berlaku pada satu malam.
Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Parman dan Sutijah yakin bahawa penghuni di
rumah kongsi itu sudah lena tidur kerana kedengaran banyak dengkuran. Namun Parman tetap
menggunakan bahasa isyarat.

"Kamu mau makan oren?" tanya Parman kepada Sutijah. Belum sempat Sutijah menjawab "mau"
tiba-tiba rakannya yang tidur di bawah pangkin berkata: "Makan oren boleh saja tapi airnya
jangan meleleh ke bawah" Malam itu tertutup selera Sutijah untuk makan oren. Esoknya Parman
terus berjumpa dengan majikannya untuk mencari rumah yang lain.......... Sekian, terima kasih.

Moralnya..... Jangan makan oren selalu tukar-tukar la ngan buah lain. boleyyy

0 comments