Ciri-Ciri Kentut

Posted by admin | 6:14 PM

1. Orang TIDAK JUJUR: Orang yang kalau kentut
lalu menyalahkan orang
lain.

2. Orang BANGANG : Orang yang menahan kentutnya
sampai berjam-jam sampai kena buasir.

3. Orang BERWAWASAN LUAS: Orang yang tahu bila
harus kentut.

4. Orang SENGSARA: Orang yang ingin kentut tapi
tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS: Orang yang kalau kentut,
tapi tiada siapa yang tahu.

6. Orang GUGUP: Orang yang tiba-tiba menahan
kentutnya bila tiba masa nak kentut.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI: Orang yang
selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

8. Orang SADIS: Orang yang kalau kentut di
tempatnya terus dikibaskan baunya ke tempat orang lain.

9. Orang PEMALU: Orang yang kalau kentut tidak
bunyi tapi lalu merasa
malu sendiri sehingga merah muka meskipun orang
lain tidak tahu.

10.Orang yang STRATEGIK: Orang yang
menyembunyikan kentutnya dengan
tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak
dengar.


11. Orang BODOH: Orang yang kalau bila habis
kentut lalu menghirup nafas
untuk mengganti kentutnya yang keluar.

12.Orang PELIK: Orang yang kalau kentut di
keluarkan sikit-sikit,sampai
bunyi
"tit-tit-tit"

13.Orang SOMBONG: Orang yang sering mencium
kentutnya sendiri.

14.Orang RAMAH: Orang yang senang mencium kentut
orang lain.

15.Orang yang tidak suka BERGAUL: Orang yang
kalau kentut sambil sembunyi
di bawah katil atau pun dalam almari.

16.Orang AKUATIK: Orang yang kalau kentut di
dalam air sampai bunyi
"blekuthuk- blekuthuk"

17.Orang ATLETIK: Orang yang kalau kentut sambil
mengeluarkan tenaga
dalaman atau pun sambil berlari pecut.

18.Orang JUJUR: Orang yang mengaku kalau habis
kentut.

19.Orang PINTAR: Orang yang boleh meneka bau
kentut orang lain.

20. Orang MALANG: Orang yang nak kentut tapi
terkeluar taik
sekali..?uwekkk!!

Saudara

Posted by admin | 6:00 PM

Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia
4 thn bersiar2.
Menaiki kete. Dlm perjalanan si ibu membunyikan
hon.
Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?
Ibu  : Tu sedara kiter, kenalah hormat.
Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka
terserempak dgn seekor lembu yg
nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.
Anak : Itupun sedara kiter jugak ke???

Buku Bank

Posted by admin | 5:59 PM

SUAMI  : KENAPA SAYANG MENANGIS?
ISTERI : SAYA TELAH BACA SEBUAH BUKU. SAD ENDING
LAH BANG...
SUAMI  : BUKU APA?
ISTERI : BUKU BANK ABANGLAH....

Kamu Mau Makan Oren ?

Posted by admin | 5:40 PM

Parman dan Sutijah merupakan pekerja kontrak dari Indonesia. Kedua-duanya jatuh cinta
setelah bersama-sama bekerja dalam satu projek pembinaan di sekitar KL. Para pekerja
kontrak telah disediakan dengan rumah kongsi yang kurang selesa kerana walaupun ada
pekerja yang dah kawin namun terpaksa tinggal dengan pekerja yang masih bujang. Akhirnya
Parman dan Sutijah pun berkahwin.

Namun depa berdua ni masih tinggal dirumah kongsi walaupun dah berkahwin bersama-sama
dengan pekerja yang masih bujang. Bak kata orang putih tak der 'privacy' langsung. Ada juga
beberapa pasangan pekerja yang dah kawin di situ. Depa berdua ni terpaksa la tidur di atas
pangkin. Di bawah pangkin depa tuh ada satu lagi pasangan yang baru berkahwin. Iskh... memang
tak der 'privacy' langsung lah lelebih lagi depa nih baru berkahwin. Cuba korang semua
bayangkan camana tuh.... memang masalah bosar betul. Nak cakap pun tak bleh kuat-kuat. Lepas
tuh nak gerak gerak pun tableh lasak sangat. Yerler dah la duduk atas pangkin. Kalau gerak
lelebih kang berbunyi la pulak pangkin antik tuh. Memang jelas la kedengaran pangkin tuh
kalau depa bergerak-gerak. Kalau nak buat projek pun depa berdua ni kene pastikan bebetul
yang orang lain dah tido. Dan sebagai langkah memudahkan, depa berdua ni terpaksa menggunakan
bahasa isyarat tertentu.

Bahasa isyaratnya ialah "kamu mau makan oren?" Dan Sutijah akan menjawab "Mau". Sebagai couple
yang baru berkahwin, setiap malam depa mau 'makan oren'. Perkara ini berlanjutan sehingga
berminggu lamanya sehinggalah satu kejadian yang tidak diingini berlaku pada satu malam.
Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Parman dan Sutijah yakin bahawa penghuni di
rumah kongsi itu sudah lena tidur kerana kedengaran banyak dengkuran. Namun Parman tetap
menggunakan bahasa isyarat.

"Kamu mau makan oren?" tanya Parman kepada Sutijah. Belum sempat Sutijah menjawab "mau"
tiba-tiba rakannya yang tidur di bawah pangkin berkata: "Makan oren boleh saja tapi airnya
jangan meleleh ke bawah" Malam itu tertutup selera Sutijah untuk makan oren. Esoknya Parman
terus berjumpa dengan majikannya untuk mencari rumah yang lain.......... Sekian, terima kasih.

Moralnya..... Jangan makan oren selalu tukar-tukar la ngan buah lain. boleyyy

SATAY LOVERS

Posted by admin | 10:40 AM

If you all eat satay, don't ever forget to eat the cucumber, because eating satay together with carbon after barbequing can cause cancer.

But we have a cure for that... Cucumber should be eaten after we eat the satay because satay has carsinogen (a cancer causing element)
 but cucumber is anti-carsinogenic.

So don't forget to eat the cucumber the next time you have satays.

Ayam Perlis ke Bangi?

Posted by admin | 8:44 AM

Ada satu cerita yang berlaku di pasar ayam di Kamunting. Peniaga ayam ini nama
dia Sudin. Dia jual ayam yang di beli dari beberapa tempat. Ada pulak seorang
pelanggan nama dia Hamidah. Dia ni pelanggan tetap ayam Sudin. Kak Midah ni dok
meniaga nasi dekat kedai berhampiran.

Jadi hari hari lah dia beli ayam dari Sudin. Disebabkan dah setiap hari dok
main dengan ayam,sampai Kak Midah dah kenal jenis jenis ayam sebelum di
sembelih.

Antara ayam yang selalu dipilih oleh Kak Midah ialah ayam dari Bangi dan ayam
dari Perlis. Selalunya ayam dari Bangi lah yang menjadi pilihan Kak Midah.

Kalau tidak dia akan beli ayam dari Perlis sahaja. Kalau tak ada langsung dia
tak akan beli ayam lain. Kelebihan yang ada pada Kak Midah ialah dia boleh
kenal samada ayam tu dari Bangi atau Perlis ialah dengan membelek punggung ayam
tu.

Selalunya Sudin akan campur semua ayam yang sampai dalam satu tempat. Jadi
jenuhlah Kak Midah dok belek sekor sekor nak cari ayam Bangi atau ayam Perlis.

Mula-mula Sudin tak kisah sangat dengan Kak Midah. Tapi lama-lama Sudin dah
mula boring. Sebab Kak Midah ni customer tetap Sudin pendam je bengang dia.
Satu hari Kak Midah datang macam biasa dan terus belek punggung ayam nak cari
ayam Bangi.

Habis semua ayam dibeleknya.tak ada satu pun ayam Bangi atau ayam
Perlis.Jadi Kak Midah pun panggil Sudin dan tanya,

Kak Midah : Din ! ayam Bangi tak ada ka.
Sudi : Tu ada dalam tu. (Yang sebenarnya tak ada sebab lori ayam
     Bangi terbalik kat Tanjung Malim)

Kak Midah : Hang toksah dok bohong. Kak Midah dah tengok dah,    semua ayam
   dari tempat lain.

Sudin : Ayam Perlis ada. (Yang sebenarnya pun tak ada sebab lori      rosak
     dekat Nibong Tebal).

Kak Midah : Hang ni, Kak Midah kata tak dak, tak dak la. Hang ingat Kak Midah
tak kenai ka ayam-ayam tu. Bukan sehari dua Kak Midah dok main dengan ayam.

Sudin : Kak Midah ni memang teror lah, punggong ayam pun dia     boleh kenal.

Kak Midah : Baru hang tau siapa Kak Midah. Pakar tengok punggong
     ayam.(lalu blah sambil tersenyum walau pun tak dapat ayam   hari itu)
Kemudian sampailah nak dekat Hari Raya. Kak Midah macam biasalah nak belek
punggong ayam. Sudin tengok Kak Midah, bengang je rasa macam nak bertempik
dekat Kak Midah sebab orang terlalu ramai dan sesak pada masa tu. Kak Midah
perasan yang Sudin memang bengang kat dia. Sambil Sudin dok bersihkan ayam Kak
Midah, Kak Midah cuba ambil hati Sudin.

Kak Midah : Din ! Tak balik raya ke tahun ni.
Sudin : Tak!!! (Bengang)
Kak Midah : Famili ada kat sini ke.
Sudin : Tak dak!!
Kak Midah : Habih tu raya dengan siapa.
Sudin : Raya sorang-sorang.
Kak Midah : Kalau Din tak balik kampung mai lah rumah Kak Midah.
Sudin : Tak pa lah, terima kasih je lah.
Kak Midah : Dah lama kita kenal, kak tak tau pun kampung Din.    Kampung Din
   kat mana?

Sudin : (Diam)(Buat tak dengar)
Kak Midah : Kak tanya ni, kampung Din kat mana.
Sudin : (Masih diam)(Tiba-tiba Sudin naik atas meja lalu membuka      seluar
     dan menonggeng ke arah Kak Midah sambil      berkata......). Kalau Kak
     Midah teror cuba Kak midah belek lubang punggong saya dan teka saya
     berasal dari mana?

Kak Midah : (Ambil ayam dia dan terus blah)

Moral citer: Tak der keja lain ker dok belek punggung orang..hehehe tak
kuaserrrrrrrr!.hehh

Love Dress

Posted by admin | 3:12 PM

Ada sorang nenek tu, gi melawat anak pompuan dia. Anak pompuan dia dah kawin, so duduk rumah lain. nenek tu sampai kat
rumah anak dia, nenek tu tekejut. Sebab anak dia tengah bebogel, nenek tanya,
"apsal kau bogel ni?"
pompuan tu jawab,
"ini saya punya love dress, nak sambut husband balik kerja.." nenek tu kata..
"oohh.."
Dah habis ngumpat ngan anak dia, nenek pun baliklah. sampai rumah nenek tengok jam belum pukul 5.00pm so nenek kata
"Sempat ni kalau aku bogel dan menyambut ketibaan pulang suami aku nih.."
so, nenek pun bogel, tunggu husband dia. bila atuk balik, atuk pun tepanjatlah, atuk kata
"eyyy woman, wasup with u bebogel ni?"
nenek kata, " Ini i punya Love Dress for u.."
and datuk kata "Wooaa.....please, pegi iron dululah.."

Rahsia menangkap ikan

Posted by admin | 3:12 PM

Ada satu nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan...
CrewTV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Pakcik : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri.
Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan"
CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Pakcik : " Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu....."
CrewTV3 : oooooooooo...............

Cita-cita baby

Posted by admin | 10:16 AM

Ada satu couple yang takde anak . . . so pergilah jumpa doktor . . . doktor pon berilah ubat hormon.. setelah beberapa bulan wife dia tu
pon pregnant. Dalam bulan keenam pergilah scan. ..so doktor kata
"CONRATULATIONS" you akan dapat Triplets Boys.
While scanning the babies were having conversations between themselves.

Baby 2 : Abang! Bila Abang keluar nanti dah besar nak jadik apa?
Baby 1 : Bila abang dah besar abang nak kerja ngan Tenaga Nasional
Baby 2: Kenapa?
Baby 1: Pasal dalam nie gelap sangat, nak kena letak lampu!.
Baby 1: Adik nak jadi apa bila keluar nanti?
Baby 2: Oh, Adik nak kerja ngan Jabatan Tali Air
Baby 1: Kenapa?
Baby 2: Pasal dalam nie banyak sangat air . . . takut lemas nanti.
Both of them ask the youngest One.

Baby 1 & 2: Adik pulak nak jadi apa
Baby 3 : adik nanti nak kerja ngan SB
Baby1 & 2 : SB tu apa
Baby 3 : SB tu Special Branch
Baby 1 & 2 : Kenapa nak kerja ngan SPECIAL BRANCH.
Baby 3 : Pasal Adik nak inbestigate sapa yang dok keluar masuk pancut air kat kita.

Pahala macam bunuh kapir

Posted by admin | 9:21 AM

Seman ke masjid. Tok Guru bagi tau pahala "bersama dengan isteri" di malam - malam sunat, pahalanya sama dengan
membunuh kapir di dalam peperangan. Seman balik lalu bagitau Senah isterinya dengan 'niat'.... Jam 12:00 mlm tersedar...
sekali lagi Seman ajak Senah untuk "bunuh kapir". Jam 03:00 pagi tersedar lagi, ajak sekali lagi nak "bunuh kapir". Dalam diam
Senah terfikir, agaknya pahala tu dapat pada orang yang mengajak saja, diapun teringin nak pahala juga...jam 05:00 pagi, dikejutkan
Seman...
"Bang, jom "bunuh kapir".....
Seman rebah
"kalau macam ni, bukan kapir aja mati, abang pun mati lah kalau camni...."

Quiz 1

Posted by admin | 2:07 PM

Kenapa lelaki perlu beristeri tiga?
Kenapa burung kalau di terbang dan bawak makanan pakai mulut?
Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik?
Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
Apa bahasa cinanya lantai basah??


JAWAPAN
- Kerana, kalau satu isONE, kalau dua pulak, isTWO, so, kalau tiga mestilah isTERI
- Kalau di pakai kepak, macamana dia nak terbang.
- Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam
- Milo ais.
- li chin.

Mencuri

Posted by admin | 2:02 PM

Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan dihadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.
Pemuda: Tidak! Saya tak curi basikal itu.
Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.
Pemuda: Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.
Hakim: Maksud kamu?
Pemuda: Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil "barangnya" yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya , saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.
Hakim: !!!???!!!

JAIS

Posted by admin | 1:07 PM

JAIS

"Mak...!!! Mak...!!!
"Tengok ni mak...!!!!!
Jais berlari tercungap-cungap. Tak sabar dia nak menyampaikan berita gembira itu pada emaknya. Sampai di pintu rumah,
Jais terus melompat masuk.
Tak dipijaknya anak tangga rumah itu.
"Mak...!!! Mak...!!!!
Jais masih terjerit-jerit. Meluru ke dapur. Mendapatkan emaknya.
Emaknya yang sedang memasak di dapur terkejut kehairanan melihat anaknya itu.Tercungap-cungap bagaikan dikejar harimau.
"Kenapa ni Jais?"
Emaknya bertanya. Risau juga di hatinya melihat keadaan Jais.
"Mak....tengok ni mak.... bulu ketiak Jais dah tumbuh mak....tengok ni mak... hehehehehe..."Jais mengangkat tangan kirinya dan
menunjukkan bulu ketiaknya yang baru tumbuh itu pada emaknya. Baru tumbuh lebih kurang
setengah inci panjangnya.

"Hish...ko ni Jais. Mak ingatkan ada hal apa la. dah la tu.... pergi mandi cepat. Makananpun dah siap ni."
Jais ke bilik mengambil tuala dan terus ke bilik mandi. Dalam hatinya menyanyi-nyanyi.... 'Yeah...yeah...dah tumbuh...bulu ketiak
aku dah tumbuh...yeah yeah...' Jais gembira tak terkata. Disyampoonya bulu ketiak itu. Kemudian di bubuh sedikit conditioner.
Selepas mandi Jais membubuh sedikit bedak pada bulu ketiaknya. Walaupun sehelai, cuba disikatnya. Sayang sungguh Jais
dengan bulu ketiaknya. Dijaganya seperti menatang minyak yang penuh. Malam itu tak lena tidur Jais. Dibelai-belainya bulu ketiak itu.

Tak sabar Jais menunggu pagi. Tak sabar nak ke sekolah.Tak sabar Jais nak ceritakan pada kawan-kawannya. Sampai di sekolah,
tanpa membuang masa Jais memberitahu kawan-kawannya. Semua berkerumun melihat bulu ketiak Jais.
Kawan-kawan Jais tak ada bulu ketiak sepertinya. Cikgu Bakri, guru Bahasa Malaysia masuk ke kelas. Semua murid-murid
bergegas menuju ke tempat duduk masing-masing. Suasana menjadi senyap.
"Selamat pagi cikgu..!"
Kata Aziz, ketua kelas. Kemudian diikuti oleh murid-murid lain.
"selamat pagi cikgu...!!"
"Selamat pagi pagi murid-murid."
Cikgu Bakri menjawab ucapan anak-anak muridnya. Dia meletakkan fail yang dibawanya ke atas meja. Cikgu Bakri berjalan menuju
ke bahagian tengah kelas itu. Diperhatikan muka setiap anak-anak muridnya.
'Erm...semua hadir nampaknya.' bisik hati Cikgu Bakri.
"Baik....dengar sini murid-murid. Hari ini saya mahu awak semua buat satu karangan. Tulis mengenai benda yang kamu suka. Yang
kamu sayang. Kucing ker,adik kamu ker, tak kira la... apa-apa saja."
Selepas memberi arahan, Cikgu Bakri kembali menuju ke mejanya. Duduk di kerusi. Dibiarkan anak-anak muridnya membuat
kerja yang disuruh. Semua murid mengeluarkan buku nota dan pen masing-masing. Jais pun turut berbuat begitu. Jais mula mengarang.
Menulis mengenai bulu ketiaknya.


'Bulu ketiak saya.
Nama saya Mohd Jais bin Ibrahim. Umur saya 9 tahun. Saya ada emak. Saya sayang emak saya. Emak saya pandai masak. Saya
ada ayah. Saya sayang ayah saya. Ayah saya selalu belikan saya hadiah. Bulu ketiak ayah saya lebat.
Saya juga mahu bulu ketiak macam ayah saya. Saya tanya ayah saya. Macamana nak bagi bulu ketiak saya tumbuh cepat.
Ayah saya kata, ambil telur ayam baru bertelur, bubuh di celah ketiak. Saya ikut nasihat ayah saya. Tiap-tiap hari saya pergi
reban ayam. Tunggu ayam bertelur. Hari ini bulu ketiak saya sudah tumbuh. Saya sangat gembira.
Saya sayang bulu ketiak saya. Berita Jais tumbuh bulu ketiak heboh satu sekolah. Cikgu-cikgu Jais pun ramai yang tahu.
Memang jarang budak yang baru berusia 9 tahun seperti Jais dah tumbuh bulu ketiak. Habis sekolah. Jais berjalan pulang
ke rumah. Jais puas hati dengan persekolahannya hari itu. Jais sayang sekolahnya. Jais sayang kawan-kawan dan cikgunya.
Dalam perjalanan,tiba di satu lorong Jais nampak ada 3 orang menghalang jalan. Jais kenal mereka. Murid-murid darjah 5.
Mereka selalu membuli murid-murid kelas
bawah.

"Jais mari sini..!!"
Salah seorang dari mereka memanggil Jais.
"Orang kata bulu ketiak ko dah tumbuh... mari la... tunjuk..!!. Kami nak tengok..!!"
Jais diam. Dia serba salah. Dia tak mahu melayan mereka. Jais takut. Jais diam tercegat di situ. Kemudian ketiga-tiga budak
tadi meluru ke arah Jais. Mereka menerkam Jais. Jais cuba lari. Tapi Tak berjaya. Jais ditangkap mereka. Jais meronta-ronta
minta dilepaskan. Mereka tak peduli rayuan Jais. Baju Jais dibuka mereka.
"Jangan la... jangan...jangan..!!!
Jais menjerit. Dia terus meronta-ronta sambil menangis. Tiba-tiba salah seorang daripada budak tadi mengeluarkan gunting.
Lalu memotong bulu ketiak Jais.Mereka ketawa....
"Hahahahahaha...!!"
"Mari....mari..!! Sapa nak tengok bulu ketiak Jais..!!"
"Lelong....lelong..!!! Sapa nak beli...!!! Jaulan murah....!!! Bulu ketiak baru...!!! Fresh lagi...!!!!
"Hahahahahaha....!!!!
Mereka terus ketawa. Puas hati mereka dapat membuli Jais. Jais menangis.
Terbaring Jais keletihan. Lemah longlai tubuhnya. Bagaikan seorang gadis yang dicabul kehormatan. Jais meraba ketiaknya.
Ternyata sudah tiada. Sudah diragut oleh tiga manusia yang tak berperikemanusian. Jais sedih. Dia bangun, membetulkan
bajunya lalu berlari pulang ke rumah. Sepanjang jalan Jais menangis.
Huwaaaaa.....!!!!!!!!"
"Huwaaaaa.....!!!!!!!!'
Selepas kejadian itu Jais lansung tak mahu pergi ke sekolah. Jais tak mahu pergi ke mana-manapun. Jais sedih. Selera
makannya pun tiada. Puas emak dan ayahnya memujuk. Cikgu Bakri pun datang melawat Jais.
"Ni buku nota awak. Saya bagi markah 'A' kat karangan yang awak buat tu."
"Dah la tu... jangan sedih lagi. Nanti tak lama lagi tumbuh balik la bulu ketiak Jais tu."
"Esok pergi sekolah yer..."
Cikgu Bakri cuba memujuk Jais. Jais mengangguk-anggukkan kepalanya. Kesedihan Jais mula reda. Tapi tetap timbul
persoalan di hatinya.....Mengapa ada orang iri hati?....Mengapa ada orang dengki melihat
kelebihannya?...Dia tak pernah kacau orang. Dia tak pernah susahkan orang. Dia hanyalah budak biasa yang sayangkan bulu
ketiaknya. Dia hanyalah budak biasa yang tak sabar nak jadi dewasa. Inilah kehidupan.... wahai Jais... dan bangsamu selalu begitu.

Kancil @ Rusa

Posted by admin | 12:20 PM

SATU HARI SEORANG Y.B TELAH MELAWAT SATU PERKAMPUNGAN YANG AGAK TERPENCIL DI PEDALAMAN.SETELAH PUAS MENINJAU KAWASAN PERKAMPUNGAN TERSEBUT,Y.B TELAH MENDAPAT SATU RUMUSAN BAHAWA KAMPUNG TERSEBUT KEKURANGAN KEMUDAHAN KENDERAAN.OLEH KERANA PADA MASA ITU KERAJAAN MALAYSIA MENGALU ALUKAN RAKYAT MENGGUNAKAN KENDERAAN MALAYSIA, Y.B TERSEBUT BERCADANG UNTUK MENDERMA KENDERAAN MALAYSIA KEPADA PENDUDUK KAMPUNG TERSEBUT IAITU KENDERAAN BERJENAMA PERODUA.LALU Y.B PUN MEMANGGIL KETUA KAMPUNG DAN MEMBERI 2 PILIHAN IAITU MEMILIH KANCIL ATAU RUSA.KETUA KAMPUNG TADI ANTARA FAHAM DAN TIDAK BERKATA…’MANA-MANA SAJA LAH Y.B. KALAU BABI PUN BABI LAH.KAMI TERIMA JUGA…HEHE(ORANG KAMPUNG MANA TAHU JENAMA KANCIL/RUSA TU JENAMA KENDERAAN MALAYSIA)

Perahu

Posted by admin | 12:05 PM

Ada dua org anak kembar. namanya tam dan toni.mereka sudah dewasa dan telah beristeri. Tam mempunyai sebuah perahu yg sangat usang.Kebetulan suatu hari isteri Toni meninggal ketika menaiki perahu Tam. Beberapa hari kemudian seorang wanita tua berjumpa Tam, dan secara tidak sengaja menyangkanya Toni yg baru kehilangan isterinya. Wanita itu berkata kpd Tam ” saya turut bersedih atas kehilangan yg anda rasakan.Tentu anda merasa sedih. “Tam yg menyangka bahawa wanita itu bercakap tentang perahu menjawab, “tak apalah, sebenarnya memang dah lama saya ingin membuangnya… ..dah tua,lagipun memang tak berapa menarik sejak pertama kali melihatnya. Bahagian bawahnya sudah lapok dan berbau busuk. Bahagian buntutnya dah teruk , lubang bahagian depannya pun dah sangat lebar. Setiap kali aku menggunakannya, lubangnya bertambah besar dan bocor. ” saya rasa yg paling merosakkanya ialah semasa saya meminjamkannya kepada 4 org kawan. Saya sudah ingatkan kawan2 keadaannya sudah tidak berapa baik. Tapi mereka masih juga mahu menggunakannya. Mereka berempat cuba masuk ke ke dalam serentak dan akhirnya ia terbelah ditengah2. Mendengar kata2 itu wanita tua itupun pengsan… .. huhuhu…

Rasa Nak Muntah

Posted by admin | 12:03 PM

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

Jam Budak Punk

Posted by admin | 12:01 PM

Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.

Bangkai Gajah

Posted by admin | 11:59 AM

Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.

Nenek Tua

Posted by admin | 11:58 AM

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan- rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”

Cerita Dua Hantu

Posted by admin | 3:27 PM

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.